Tanya:
Assalamualaikum. Mohon bertanya. Organisasi ada buat majlis perpisahan seorang staff. Jadi semua staff lain diminta menyumbang sejumlah wang untuk hadiah kepada staf tersebut. Seorang staff A telah ambil tanggungjawab mengumpul wang sumbangan. Beberapa orang staff tidak membayar wang sumbangan tersebut kepada staff A atas sebab tertentu. Staff A telah mendahulukan wangnya untuk staff yg tidak membayar tanpa bertanya kepada staff yg tidak bayar. Bolehkah staff A mengatakan bahawa staff yg tidak membayar wang sumbangan itu telah berhutang kepadanya dan akan menuntutnya diakhirat nanti. (Mohd Rashid bin Ahmad – Malaysia)
Jawab:
Wa’alaikumssalam. Hadiah itu bagus dan semakin membuat seseorang saling mencintai. Dalilnya adalah hadits sebagai berikut ini:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَقْبَلُ الْهَدِيَّةَ وَيُثِيبُ عَلَيْهَا
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa menerima hadiah dan biasa pula membalasnya.” (HR. Bukhari, no. 2585)
Juga sabda Rasulullah saw
يَا نِسَاءَ الْمُسْلِمَاتِ لاَ تَحْقِرَنَّ جَارَةٌ لِجَارَتِهَا ، وَلَوْ فِرْسِنَ شَاةٍ
“Wahai para wanita muslimah, tetaplah memberi hadiah pada tetangga walau hanya kaki kambing yang diberi.” (HR. Bukhari, no. 2566 dan Muslim, no. 1030)
Hadiah sifatnya sukarela dan tidak memaksa. Karena ia sukarela maka jika ada staf yang tidak ikut menyumbang untuk membeli hadiah, ia tidak dianggap berutang. Wallahu a’lam. (Ustadz Wahyudi Abdurrahim, Lc., M.M.)