Nisab Zakat Emas

Tanya: Saya telah membayar zakat emas apabila telah cukup 1 haul. Sekiranya tiada penambahan dan pengurangan nilai emas, adakah saya wajib membayar zakat ke atas

Admin

Tanya:
Saya telah membayar zakat emas apabila telah cukup 1 haul. Sekiranya tiada penambahan dan pengurangan nilai emas, adakah saya wajib membayar zakat ke atas emas yg sama pada tahun2 berikutnya? (Azni – Melaka)

Jawab:
Wa’alaikum salam. Nishab zakat emas Nishab emas 20 dinar, 1 dinar = 4,25 gram, maka nishab emas adalah 20 X 4,25 gram = 85 gram

Hal ini didasarkan pada hadis berikut:

فَإِذَا كَانَتْ لَكَ مِائَتَا دِرْهَمٍ وَحَالَ عَلَيْهَا الْحَوْلُ فَفِيهَا خَمْسَةُ دَرَاهِمَ ، وَلَيْسَ عَلَيْكَ شَىْءٌ حَتَّى يَكُونَ لَكَ عِشْرُونَ دِينَارًا ، فَإِذَا كَانَتْ لَكَ وَحَالَ عَلَيْهَا الْحَوْلُ فَفِيهَا نِصْفُ دِينَارٍ ، فَمَا زَادَ فَبِحِسَابِ ذَلِكَ

“Jika engkau memiliki perak 200 dirham dan telah mencapai haul (satu tahun), maka darinya wajib zakat 5 dirham. Dan untuk emas, anda tidak wajib menzakatinya kecuali telah mencapai 20 dinar, maka darinya wajib zakat setengah dinar, lalu dalam setiap kelebihannya wajib dizakati sesuai prosentasenya.” (HR. Abu Dawud)

Jika selama setahun sudah sampai nishab maka wajib zakat 2.5 persen.

Jika tahun depan, emas hanya 80 gram, maka belim wajib zakat. Namun jika kembali ke 85 gram maka wajib zakat lagi. Wallahu a’lam.

Tags

Related Post